PUBG Dedah Perancangan E-sukan Mereka Bagi 5 Tahun Mendatang

Pada sidang media khas bersempena dengan PUBG Global Invitational 2018, syarikat pembangun permainan tersebut telah mendedahkan perancangan mereka tentang arena e-sukan PUBG bagi 5 tahun mendatang.

Dua perkara utama yang dibincangkan adalah perkongsian keuntungan dan penubuhan liga di empat buah rantau utama. Dari segi perkongsian keuntungan, PUBG mendapati bahawa arena e-sukan mereka kekurangan kestabilan dari segi kewangan. 

Oleh yang demikian, mereka bercadang untuk mengadakan beberapa salurang bagi pemain profesional untuk mendapatkan wang tambahan bagi menyara diri mereka. Antara saluran ini adalah barangan dalam permainan khas bertemakan pasukan, hadiah, dan peluang perkongsian keuntungan lainnya.

Usaha ini akan bermula pada PGI 2018 ini dimana pasukan akan memperoleh kosmetik khas tersendiri dimana mereka akan memperoleh sebahagian daripada keuntungannya.

Baca Juga :   PUBG Beri Penjelasan Tentang Masalah Pelayan Mereka Kebelakangan Ini

Dari segi liga pula, PUBG Corp akan melancarkan PUBG Pro League di empat buah rantau utama iaitu Eropah, Amerika Utara, China dan Korea Selatan. Liga tambahan akan diperuntukan untuk rantau lain menjelang tahun 2020 kelak.

Liga ini akan diakhiri dengan kejohanan dunia khas mempertandingkan pasukan terbaik dari seluruh dunia. PUBG Corp juga dilihat mensasarkan kepada liga tradisional dengan penaiktarafan dan penurunan pasukan berbanding dengan sistem francais yang digunakan oleh Blizzard dan Riot Games bagi permainan mereka.

Sumber : Esports Observer

Leave a Comment