Dibantu Kejayaan Fortnite, Epic Games Kini Disasarkan Bernilai USD8 Billion

Kehangatan permainan battle royale dilihat menjadi antara faktor utama peningkatan nilai bagi syarikat pembangun permainan Epic Games. Permainan battle royale yang dibangunkan oleh mereka, Fortnite merupakan permainan paling popular sepanjang tahun ini.

Bloomberg Analysis melaporkan bahawa Indeks Jutawan mereka memberikan Epic Games nilai diantara USD5 billion sehingga USD8 billion. Walaupun nilai ini merangkumi kesemua perniagaan mereka termasuklah Unreal Engine, kejayaan Fortnite boleh dikatakan penyumbang besar peningkatan nilai syarikat itu pada tahun ini.

Versi permainan mudah alih Fortnite dilaporkan menjana USD2 juta sehari manakala menurut laporan daripada SuperData, Fortnite sepanjang tahun ini telah menjana keseluruhan USD2 billion hasil jualan item dalam permainan.

Ini merupakan peningkatan yang besar berbanding dengan nilai 40% pegangan syarikat tersebut yang dijual pada nilai USD825 juta kepada Tencent pada tahun 2012 lalu. Menurut seorang penganalisis juga, jika momentum permainan Fornite berakhir dan mempunyai kurang keuntungan berbanding sekarang ini, syarikat tersebut masih boleh dijual pada nilai USD7.5 billion.

Sumber : Game Industry

Leave a Comment

%d bloggers like this: