Pemenang Siri Kedua Summer Skirmish Dituduh Menipu, Epic Games Tampil Beri Penjelasan

Selepas edisi pertama terpaksa dihentikan oleh sebab masalah talian internet, siri kejohanan Summer Skirmish terus dilanda kontroversi apabila pemenang siri kedua kejohanan itu dituduh menipu semasa bertanding.

Kontroversi ini bermula di laman reddit dengan sebuah post yang membincangkan tentang beberapa sebab kenapa mereka merasakan bahawa pemenang Summer Skirmish kedua, idropz_bodies telah menipu.

Antara sebab yang dinyatakan adalah statistik belaiu yang terlalu rendah. idropz_bodies merpakan pemain yang terkenal dengan permainan Destiny dan jarang bermain permainan Fortnite. Oleh yang demikian, kemenangan beliau ini mengejutkan ramai pihak.

Kedua, kemenangan mudah. Selepasa menelipi ulang tayang perlawanan, beberapa pihak merasakan bahawa beliau menang dengan mudah kerana lawaannya tidak langung berusaha untuk membalas serangannya. Ini menyebabkan mereka merasakan pemain pemain ini adalah rakan subahat idropz_bodies.

Baca Juga :   Team Liquid Ambil Empat Pemain Untuk Pasukan Fortnite Baharu Mereka

Namun begitu, Epic Games kemudiannya tampil memberikan penjelasan mereka. Menurut Epic Games, melalui siasatan yang dijalankan mereka, setiap pemain yang dbunuh oleh idropz_bodies adalah berbeza dan mempunyai alamat ip yang unik. Statistik beliau juga lebih baik daripada yang diuar uarkan dengan mencapai lebih dari 20 kill untuk beberapa buah perlawanan sebelum ini.

Sumber : Reddit (1) (2)

Leave a Comment

%d bloggers like this: