Huawei Honor Diumumkan Sebagai Penaja Baharu Pasukan Mysterious Assassin

Arena kompetitif e-sukan Mobile Legends tempatan terus berkembang apabila sebuah lagi jenama besar kini mengumumkan penyertaan mereka dengan menaja sebuah pasukan ternama negara.

Honor, sebah jenama telefon pintar dibawah syarikat Huawei Group diumumkan sebagai penaja baharu pasukan Mysterious Assassin. Penajaan itu diumumkan semalam menerusi laman Facebook rasmi Flash Vision yang merupakan organisasi induk pasukan tersebut.

Bersempena dengan penajaan ini juga, pasukan itu akan dijenamakan semula kepada Honor MyA berkatkuasa serta merta. Sebagai salah sebuah syarikat telefon pintar popular, penajaan Honor ini sudah tentu diterima baik oleh komuniti.

Baca Juga :   Jadual Pusingan Main Habis Liga MPL MY/SG Musim Kedua

Arena kompetitif mudah alih juga merupakan platform yang baik bagi Honor kerana mempunyai kumpulan sasar yang bertepatan dengan fokus utama syarikat mereka. 

Leave a Comment

%d bloggers like this: