Vainglory

Team SoloMid Umum Pembubaran Pasukan Vainglory Mereka

3 tahun lalu

Team SoloMid Umum Pembubaran Pasukan Vainglory Mereka

Arena kompetitif Vainglory semakin sunyi sejak kebelakangan ini. Para pemain dan organisasi turut merungut kerana kurangnya komunikasi daripada SEMC tentang perincian dan hala tuju liga mereka.

Beberapa organisasi telah pun mengambil keputusan untuk membubarkan pasukan mereka sebelum ini kerana melihat masa depan yang kurang jelas untuk kekal melabur di dalam permainan ini. Terbaru mengikut jejak langkah ini adalah organisasi Team SoloMid.

Team SoloMid telah terjun kedalam arena kompetitif Vainglory sejak awal lagi iaitu pada dua tahun yang lalu. Kesemua pemain mereka iaitu Josh ‘Hami’ Wirtz, Jamie ‘CozZ’ Segerman, Raul ‘Chuck’ Montano, Daniel ‘daniel’ Valdecantos, Aaron ‘ShadedTalent’ Sampson, dan Charlie ‘Tiv0’ Segerman juga akan dilepaskan dari organisasi.

SEMC sendiri menerusi kenyataan di laman reddit menyatakan bahawa mereka terkesan dengan penangguhan musim kompetitif ini. Perubahan di dalam syarikat mereka juga dilihat memberikan kesan terhadap pelbagai perkara dan kini mereka mahu memfokuskan kepada asas permainan untuk memerikan pengalaman bermain yang lebih baik.