Esukan

Selepas India Dan Mexico, OpTic Gaming Luaskan Pengaruh Mereka Di Asia Tenggara – Umum Penubuhan OpTic SEA

3 tahun lalu

Selepas India Dan Mexico, OpTic Gaming Luaskan Pengaruh Mereka Di Asia Tenggara – Umum Penubuhan OpTic SEA

Selepas India dan Mexico, OpTic Gaming kini meluaskan penguasaan mereka dengan mengumumkan penubuhan OpTic SEA (Asia Tenggara) hari ini. Walaubagaimanapun, berbeza dengan OpTic India dan OpTic Mexico, OpTic SEA tidak mempunyai pasukan kompetitif pada masa ini dan hanya dibarisi oleh personaliti e-sukan, pencipta kandungan dan penstrim video.

Berikut merupakan ahli pertama bagi OpTic Asia Tenggara:

  • Christina Xiaoting “Miao Miao” – Personaliti permainan dan penstrim video.
  • “Joseph Germani” – YouTuber, pelakon dan gamer.
  • “SparTankeR” – Pengulas dan penstrim video.

Secara keseluruhannya, ketiga tiga orang personaliti ini mempunyai jumlah pengikut sebanyak 800,000. Mereka akan mulai melakukan strim langsng pada 23 Julai ini dengan permainan PUBG. Sesi pemebrian hadiah khas yang ditandatangani oleh pemain OpTic Dota juga akan dilakukan pada hari tersebut.

Mereka juga akan melakukan sesi strim mingguan digelar sebagai OpTic Plays dan kandungan video khas setiap dua minggu. OpTic Gaming sudah sedia terkenal dengan komuniti peminat mereka yang aktif dan setia. dengan meluaskan pengaruh mereka di serata dunia, tidak mustahil bagi mereka untuk menjadi seuah organisasi terbesar dan terpopular di dunia tidak lama lagi.

Sumber : OpTic Gaming