Realm Royale Umum Sisi Kompetitif Permainan Itu – Anjur Realm Royale Invitational Dan Thursday Realm Royale

2 tahun lalu

Realm Royale Umum Sisi Kompetitif Permainan Itu – Anjur Realm Royale Invitational Dan Thursday Realm Royale

Realm Royale merupakan permainan bergenre Battle Royale yang mulai meningkat popular sejak kebelakangan ini. Ia Dibangunkan oleh Hi-Reez Studios yang terkenal dengan permainan Paladin dan Smite.

Kerana kepopularan pemain ini, Hi-Rez Studios kini secara rasminya mengumumkan bahawa mereka akan terjun ke dunia kompetitif e-sukan dengan menganjurkan siri kejohanan invitational tersendiri mereka.

Digelar sebagai  Realm Royale Invitational, siri kejohanan tertutup ini akan berlangsung setiap minggu pada hari selasa dan rabu melibatkan pemain pemain dari rantau Eropah dan Amerika Utara. Hadiah sebesar USD20,000 disediakan setiap minggu. Bagi para pemain pula, Hi-Rez Studios akan mendedahkan senarai pemain jemputan setiap minggu sebelum ianya berlangsung.

Sementara itu, di hari Khamis pula, sebuah kejohanan khas akan berlangsung setiap minggu dianjurkan Skillshot dan Keemstar yang terkenal dengan penganjuran kejohanan Friday Fortnite beliau sebelum ini. Ia menawarkan hadiah yang lebih besar iaitu USD100,000 setiap minggu.

Thursday Realm Royale juga mempunyai format yang serupa dengan Realm Royale Invitational dimana setiap pemain adalah dijemput. Hanya perbezaan yang ada adalah ia akan dimainkan sepenuhnya di pelayan Amerika Utara walaupun untuk pemain yang berpengkalan di Eropah.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments