Selangor Cyber Games 2018 Semakin Hampir Untuk Diadakan

Selangor Cyber Games 2018 Semakin Hampir Untuk Diadakan

Pada bulan April lalu, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari yang pada ketika itu merupakan Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan telah menyatakan bahawa kerajaan negeri Selangor bercadang untuk menambah jumlah hadiah kejohanan Selangor Cyber Games 2018 dan menganjurkannya pada bulan Ogos kelak.

Ini adalah kerana sambutan menggalakkan yang dipertontonkan oleh para peminat sepanjang acara tersebut berlangsung sebelum ini. Kini, edisi seterusnya iaitu Selangor Cyber Games 2018 dilihat semakin hampir untuk diadakan apabila salah seorang pengarah di Mineski Event Team, Firdaus Hashim (Master Ramen) telah memuat-naik gambar memperlihatkan pertemuan syarikat tersebut bersama dengan Majlis Sukan Negeri Selangor. MET merupakan penganjur bersama bagi edisi sebelum ini.

Baca Juga :   Selangor Cyber Games 2018 Tawar Hadiah Sebesar RM250,000

Selain daripada itu, beliau juga telah membuka undian meminta para peminat memilih permainan manakah yang patut dipertandingkan untuk Selangor Cyber Games 2018. Undian tersebut memperlihatkan beliau meminta para peminat memilih antara permainann FIFA 18 atau PES 2018 untuk ditambah ke kejohanan terbabit.

Pada edisi tahun 2017 lalu, Selangor Cyber Games yang diadakan serentak dengan pusingan akhir The Legends Circuit telah mempertandingkan beberapa permainan e-sukan seperti Dota 2, League of Legends, FIFA Online 3 dan Tekken 7. Acara yang berlangsung di Paradigm Mall, Petaling Jaya itu telah menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM180,000.

 

Leave a Comment

%d bloggers like this: