Call of Duty FIFA

E-Sports Gaming Network, Platform E-sukan Terbaru Ditubuhkan – Umum Liga Bagi Permainan FIFA Dan COD

2 tahun lalu

E-Sports Gaming Network, Platform E-sukan Terbaru Ditubuhkan – Umum Liga Bagi Permainan FIFA Dan COD

Arena e-sukan tempatan terus berkembang dengan pantas dari hari ke hari. Pelbagai pasukan dan organisasi baharu ditubuhkan saban hari mengintai peluang mencari kejayaan di dalam permainan masing masing dan terbaru adalah E-sports Gaming Network Asia (ESGN).

Namun begitu, ESGN bukanlah organisasi yang mahu bertanding di arena e-sukan tempatan tapi merupakan platform e-sukan terbaru yang akan menganjurkan pelbagai liga e-sukan bagi beberapa buah permainan. Bersama sama dengan penubuhannya, ESGN telah mengumumkan dua buah liga e-sukan pertama iaitu Call of Duty Challenger Series S1 dan Malaysia Virtual Football League 2018 S1 (FIFA 18).

Kedua dua liga tersebut akan berlangsung bagi tempoh satu sehingga dua bulan dan akan bermula pada bulan Ogos ini. Walaupun hanya mempunyai dua liga pada ketika ini, menerusi laman web rasmi mereka, ESGN juga dilihat bakal menganjurkan liga bagi pelbagai lagi permainan seperti Tekken 7, PES, Mobile Legends Bang Bang, Arms, Mario Kart dan Splatoon.

Penubuhan ESGN ini sudah pasti merupakan penambahan yang baik bagi industri e-sukan tempatan. Pelbagai liga yang akan dianjurkan oleh mereka pasti akan memeriahkan lagi arena e-sukan tempatan. Selamat maju jaya diucapkan dan semoga lebih ramai bakat e-sukan tempatan dapat dicungkil menerusi platform terbaru ini.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments