Mixer.com Mengaktifkan Rekaan Baharu Kepada Umum

Setelah mengujinya untuk beberapa bulan, laman penstriman milik Microsoft, Mixer.com kini telah melancarkan rekaan baharu mereka kepada umum. 

Mixer sebelum ini telah memulakan ujian rekaan baharu ini pada bulan Mei lalu bersempena dengan ulangtahun pertama laman web itu. Rekaan baharu ini dilihat lebih menyerupai laman Twitch namun dengan rekaan lebih moden dan segar. 

Menurut Mixer, rekaan baharu ini memudahkan para penonton untuk mencari strim permainan yang diminati mereka dengan lebih mudah. Walaupun tidak sepopular Twitch, laman Mixer dilihat telah menarik ramai pengguna dari hari ke hari.

Baca Juga :   E3 - Microsoft Perkenal Xbox One X - Beharga $499

Mixer juga mempunyai lebih banyak fungsi erbanding dengan laman Twitch seperti MixPlay yang membolehkan penonton berinteraksi dengan penstrim. Penonton boleh mengundi bagi membantu, mencabar atau memilih sesuatu semasa penstrim bermain.

Dengan rekaan baharu ini, Mixer dilihat semakin berupaya untuk mencabar kedudukan Twitch sebagai platfrom penstriman utama pemain seluruh dunia.

Leave a Comment

%d bloggers like this: