Hampir 600 Juta Masa Tontonan, 1 Billion USD Keuntungan – Fortnite Terus Kuasai Dunia Permainan

Pada bulan Mei, sejumlah 700 juta jam tontonan telah dicatatkan bagi permainan bergenre Battle Royale dan 83% daripadanya adalah dihasilkan oleh permainan Fortnite iaitu sekitar 574 juta jam masa tontonan.

Jumlah ini jauh mengatasi genre permainan lainnya seperti permainan Moba yang hanya mengumpul sekitar 300 juta jam tontonan sahaja. Menurut laporan dan data yang dikeluarkan oleh Superdata, trend battle royale ini juga masih belum menunjukkan sebarang tanda bahawa ia akan tamat di dalam masa terdekat ini.

Permainan Fortnite mengumpul sebanyak 14% lebih banyak jam tontonan berbanding bulan sebelumnya jauh meninggalkan pencabar terdekat iaitu permainan League of Legends yang hanya mengumpul 156 juta jam tontonan. Walaupun trend Battle Rayale tidak menunjukkan tanda ia akan tamat, permainan PUBG yang memulakan trend Battle Royale pula semakin kehilangan pemain memperlihatkan ia kehilangan 5 Juta pemain sejak dari bulan Februari.

Bagi bulan Mei, PUBG hanya mempunyai keuntungan sebanyak USD33 Juta, berbanding USD91 Juta pada bulan Februari. Hal ini dilihat berpunca daripada masalah yang banyak dihadapi oleh permainan itu seperti prestasi permainan yang teruk dan masalah penggodam yang berleluasa.

Baca Juga :   Epic Games Umum Fortnite PRO-AM - Kejohanan Khas Di E3 Dibarisi Pemain Profesional Dan Selebriti

Fortnite pula terus menjadi raja permainan dengan kini telah memperoleh keuntungan mencapai 1 billion USD dan kesemuanya adalah hasil daripada pembelian kandungan dalam permainan. Para pembangun juga terus berusaha untuk terjun ke trend Battle Royale ini dengan masing masing mengeluarkan mod Battle Royale tersebut pada permainan masing masing.

Leave a Comment