Summer Skirmish – Kejohanan Rasmi Pertama Fortnite Berakhir Dengan Kegagalan

Fortnite Summer Skirmish adalah kejohanan rasmi pertama bagi permainan Fortnite anjuran Epic Games. Namun begitu, kewujudannya hanyalah diketahui sekitar sehari sebelum ia dijadualkan bermula.

Epic Games sebagai penganjur dilihat tidak langsung mempromosikan acara ini. Epic Games sendiri dilihat tidak meletakkan harapan yang besar dan mungkin kerana itu edisi pertama acara ini berakhir dengan kegagalan.

Fortnite Summer Skirmish menawarkan jadiah sebesar USD8,000,000 bagi lapan minggu acara ini berlangsung. Penyertaan adalah tertutup dan hanya pemain yang dijemput boleh menyertainya dan setiap minggu format kejohanan akan berubah.

Format bagi minggu ini adalah memenangi dua perlawanan dan oleh sebab itu, ramai pemain menggunakan taktik mengelak daripada bertempur dan menyebabkan para penonton berasa bosan. Kejohanan ini juga mempunyai masalah talian internet yang menyebabkan pemain menghadapi lag semasa bermain.

Baca Juga :   Fortnite Mengaktifkan Pelayan Sub-rantau Untuk Asia Tenggara Pada Kemaskini Terbaru

Minggu pertama ini akhirnya ditamatkan selepas empat perlawanan berlangsung dari sepuluh yang dijadualkan kerana masalah talian internet yang tidak dapat diselesaikan. Ramai peminat dan pemain meluahkan rasa kecewa mereka selepas acara tersebut berakhir.

LOL the 250k @FortniteGame #SummerSkirmish is just a bunch of streamers lagging and dying in the storm. NOT a good look.

HOW did they not play test this.

— Lannan (@LazarBeamYT) July 14, 2018

Initially, when I thought of competitive Fortnite, I imagined it being like Full Squads of pro players just fighting each other in a tournament realm or something.
Not…. this.

— Jev (@FaZeJev) July 14, 2018

Leave a Comment

%d bloggers like this: