Youporn Taja Kejohanan E-sukan Bertemakan Dewasa Oleh Nutaku

Di dalam dunia permainan, terdapat pelbagai genre dihasilkan oleh pembangun bagi memenuhi citarasa semua jenis orang dan ini termasuklah permainan bergenre dewasa.

Permainan bergenre ini  mempunyai ramai peminat di seluruh dunia dan kini, pengendali portal permainan bergenre dewasa, Nutaku.net bakal menganjurkan kejohanan e-sukan khas bagi permainan bergenre dewasa tidak lama lagi.

Diberi nama Lewd Gaming Championship, ia akan ditaja oleh laman video dewasa Youporn. Permainan yang akan dipertandingkan adalah TnT, permainan mudah alih kereta kebal bertemakan dewasa.

Hadiah sebesar USD25,000 (~RM101,287.50) disediakan untuk kejohanan ini dan sebanyak 64 slot pemain disediakan. Setiap pemain yang bertanding juga akan diberikan akaun premium Youporn selama 12 bulan secara percuma. Ia dilaporkan bakal berlangsung pada musim luruh ini.

Sumber : Venture Beat

Leave a Comment

%d bloggers like this: