Acara Twitch Squad Showdown Dikritik Para Peminat Kerana Kualiti Teruk

Semalam telah berlangsungnya acara Squad Showdown, kejohanan PUBG khas dianjurkan oleh Twitch dan PUBG Corp. Melibatkan nama nama besar permainan tersebut seperti Shroud, DrDisRespectLIVE dan artis ternama, deadmau5, acara tersebut menjadi bualan hangat para peminat.

Namun begitu, selepas berakhirnya acara tersebut, para peminat mulai meluahkan rasa tidak puas hati dengan kualiti acara tersebut. Antara kritikan yang diberikan adalah keadaan lokasi yang amat tidak memuaskan. Ketika acara tersebut berlangsung, para pemain dilihat dapat mendengar kata kata pengulas dengan jelas sehingga menjejaskan permainan.

Baca Juga :   PUBG Corp Bakal Anjur Kejohanan Rasmi Pertama Mereka Dengan Hadiah Menghampiri RM8 Juta

Para personaliti juga dilihat tidak gembira berada disana. Terdapat pemain yang meluahkan perasaan bahawa mereka mahu pulang secepat mungkin. Mereka juga mengeluh kepanasan dan terpaksa menunggu dengan lama untuk bermain.

Perkara ini juga menyebabkan pembangun permainan PUBG, Bluehole terus menerima kritikan dari para peminat. Dengan permainan tersebut semakin kehilangan pemain, pemain yang masih setiaa bermain juga dilihat terpaksa berhadapan dengan prestasi permainan yang teruk dan juga masalah kebanjiran pemain yang menggunakan aplikasi penipuan.

Leave a Comment

%d bloggers like this: