Tencent Rancang Bina Taman Perniagaan Dengan Fokus Kepada E-sukan Di Shanghai

Syarikat gergasi, Tencent dilihat aktif melakukan pelaburan di dalam arena permainan dan e-sukan sejak kebelakangan ini. Sama ada menerusi pembangun permainan mereka sendiri, pelaburan di dalam syarikat lain dan penganjuran acara e-sukan tersendiri mereka, Tencent boleh dikatakan ada dimana mana sudut arena permainan.

Kini, Tencent dilaporkan telah bekerjasama dengan syarikat pembangun hartanah di China, Super Generation Investment bagi membina sebuah taman perniagaan dengan fokus kepada e-sukan di Shanghai. Menurut laporan laman berita Shine, taman tersebut akan menjadi lokasi 100 buah syarikat e-sukan domestik dan antarabangsa menjelang pelancarannya pada tahun 2020 kelak.

Baca Juga :   Arena of Valor Dilaporkan Bakal Menambah Mod Permainan Battle Royale

Walaubagaimanapun, taman perniagaan ini tidak hanya akan menjadi rumah kepada industri e-sukan sahaja malah akan mempunyai syarikat daripada industri lain juga. Sebuah arena e-sukan dengan kapasiti 6000 tempat duduk juga akan dibina di taman ini bagi menganjurkan sebarang kejohanan e-sukan tempatan dan antarabangsa.

Sumber : Dotesports

Leave a Comment

%d bloggers like this: