Tarik Sah Meninggalkan Pasukan CSGO Cloud9

Organisasi e-sukan, Cloud9 telah mengesahkan bahawa kapten pasukan CSGO mereka, Tarik “tarik” Celik sah meninggalkan pasukan itu. Beliau dikhabarkan akan menyertai pasukan MIBR yang baru sahaja ditubuhkan tidak lama dahulu.

Bekas kapten pasukan Fnatic, Maikhil “Golden” Selim dikatakan akan menjadi penganti Tarik di Cloud9 buat sementara waktu dan memberi masa kepada mereka untuk mencari penganti yang paling bersesuaian.

Baca Juga :   Cloud9 Umum Kerjasama Antara Pasukan CSGO Mereka Dengan Tentera Udara Amerika Syarikat

Kali terakhir pasukan Cloud9 menjuarai kejohanan besar adalah dengan menewaskan pasukan Faze Clan di perlawanan akhir kejohanan ELEAGUE Major: Boston 2018. Semenjak itu, pasukan itu mulai merudum dan kehilangan pemain dan beberapa kali melakukan pertukaran yang kurang berjaya dari segi keputusan.

Leave a Comment

%d bloggers like this: