Pemain NYXL, JJoNak Dipilih Sebagai Pemain Terbaik Liga Overwatch

Hari pertama pusingan playoff bagi Liga Overwatch telah berlangsung meriah di Blizzard Arena, Los Angeles. Di hari yang sama juga, pemain support bagi pasukan  New York Excelsior, Sung-hyeon “JJoNak” Bang telah diangkat sebagai pemain terbaik Liga Overwatch (T-Mobile OWL MVP Award). 

Persembahan beliau sepanjang berlangsungnya musim regular Liga Overwatch adalah antara yang terbaik dan peranan beliau di dalam persembahan dominasi oleh NYXL sepanjang muusim tidak boleh disangkal.

Baca Juga :   Valiant - Salah Satu Wakil Bandaraya Los Angeles Pada Liga Overwatch

Walaupun bermain sebagai pemain posisi support, beliau terkenal dengan corak permainan agresif menggunakan hero Zenyatta. Tiada sesiapa di Liga Overwatch mampu menandingi beliau dalam memainkan hero tersebut.

Undian pemain terbaik ini dilakukan menerusi undian peminat dan personaliti Liga Overwatch. 25% adalah dari para peminat dan selebihnya oleh personaliti Liga Overwatch yang meliputi pengulas, jurulatih, penyampai dan media.

Leave a Comment

%d bloggers like this: