Singtel Dan Razer Umum PVP eSports Championship – Kejohanan Dota 2, Arena of Valor Dan Hearthstone

Syarikat telekomunikasi Singapura, Singtel (Singapore Telecommunications Limited) dan Razer hari ini telah mengumumkan penganjuran sebuah kejohanan e-sukan, PVP eSports Championship dengan hadiah sebesar US$300,000 (~RM1,205,850).

Kejohanan ini terbuka kepada beberapa buah negara iaitu Singapura, Australia, India, Indonesia, Thailand dan Filipina. Sebanyak tiga buah permainan akan dipertandingkan iaitu Dota 2, Hearthstone dan Arena of Valor. 

Pusingan kelayakan bagi kejohanan ini akan dibuka pada penghujung bulan ini dan para pemenang kemudianya akan mara ke pusingan akhir di bulan Oktober kelak. Di pusingan  akhir, para pemenang pusingan kelayakan ini akan bertemu dengan pasukan pasukan jemputan dari Eropah, China dan Amerika Utara.

Baca Juga :   Bekas Pemain MVP.Phoenix Kembali Bersatu Sebagai Team Phoenix

Pusingan akhir akan diadakan di Suntec Singapore pada 5 sehingga 7 Oktober ini. Selain daripada Razer, beberapa nama besar lain turut diumumkan sebagai rakan kerjasama rasmi iaitu Mineski Events Team, Garena (SEA), Blizzard, Secret Lab dan Aftershock.

Singtel juga didalam kenyataan mereka menyatakan bahawa kejohanan ini akan menjadi pentas untuk mereka mencari pasukan tempatan untuk ditaja. Mereka mahu menyertai arena permainan yang berkembang pesat dan menarik minat remaja masa kini.

Layari : PVPEsports.gg

Leave a Comment

%d bloggers like this: