Moonton Dan Astro Bakal Menghasilkan Siri Web Khas Untuk Permainan Mobile Legends

Kejohanan Mobile Legends: Professional League MY/SG Musim Kedua akan bermula tidak lama lagi. Pembangun permainan itu, Moonton dan penaja utama, Astro dan Egg Network dilihat akan menghasilkan sebuah siri web khas berasaskan permainan popular tersebut.

Egg Network telah memaparkan iklan khas mencari pelakon bagi siri web tersebut di laman Facebook mereka. Menerusi iklan yang dipaparkan, antara karekter yang akan digunakan adalah Clint, Akai, Roger, Alucard, Moskov dan Lesley.

Baca Juga :   MLBB Profesional League MY/SG S2- AirAsia Saiyan Dan Icon Kuasai Minggu Pertama

Temuduga akan diadakan pada 21 dan 22 Julai ini bertempat di All Asia Broadcast Centre di Bukit Jalil. Pada ketika ini, masih tidak dipastikan bilakah siri web ini akan mula bersiaran. 

Leave a Comment

%d bloggers like this: