Dalam Misi Menakluk Dunia, OpTic Gaming Umum Penubuhan OpTic Mexico

Selepas menubuhkan pasukan CSGO berpengkalan di India, OpTic Gaming kini meneruskan usaha mereka menakluki dunia dengan mengumumkan penubuhan OpTic Mexico, dengan mengambil alih pasukan Gears of War, Ronin Esports.

Pasukan ini dibarisi oleh Hector ‘Dezonide’ Becerra, Reynaldo ‘ChaoZ’ Tosado, Carlos ‘Addvers’ Navarro, Rogelio ‘Sleeafer’ Rojo, Carlos ‘Monkyz’ Minguez dan jurulatih mereka, Carlos ‘Demize’ Betancour. Menerusi pengumuman yang sama juga, OpTic Gaming memaklumkan bahawa adalah misi mereka untuk menjadi peransang pembangunan arena e-sukan di negara negara membangun.

Baca Juga :   Team Dire Kini Adalah Optic Gaming

Bersama sama dengan penubuhan OpTic Mexico ini, mereka juga memperkenalkan program jangkauan bagi memudahkan perhubungan, komunikasi dan juga keberadaan mereka dengan mewujudkan akaun media sosial khas berbahasa Spenyol sepenuhnya.

OpTic Gaming turut melancarkan cenderahati khas yang digelar Championship Green bersempena dengan penubuhan cawangan Mexico ini.

Sumber : GreenWall.gg

Leave a Comment

%d bloggers like this: