Senarai Pasukan Bertanding Di Kejohanan PUBG Global Invitational 2018

Pada bulan April yang lalu, PUBG Corp telah mengumumkan kejohanan rasmi pertama mereka iaitu PUBG Global Invitational 2018. Kejohanan tersebut mempertandingkan 20 pasukan terbaik dunia bagi merebut hadiah keseluruhan berjumlah USD2,000,000 (~RM7,798,000).

Sebanyak 9 pusingan kelayakan rantau diadakan bagi memenuhi 20 slot tersebut. Bagi rantau Asia Tenggara, pusingan kelayakan ini diadakan di Bangkok memperlihatkan pasukan dari Thailand, Made in Thailand (MITH) menjadi juara keseluruhan sekaligus menjadi wakil rantau ini.

Berikut merupakan senarai lengkap pasukan yang telah melepasi pusingan kelayakan rantau masing masing dan mara ke Berlin bagi bertanding di kejohanan PUBG Global Invitational 2018 pada 25 sehingga 27 Julai ini.

Baca Juga :   Acara Twitch Squad Showdown Dikritik Para Peminat Kerana Kualiti Teruk

Asia 

  • MITH (Made in THailand)
  • AHQ Esports Club
  • Refund Gaming

Amerika Utara

  • Team Gates
  • Ghost Gaming
  • Honey Badger Nation

Eropah

  • Welcome To South Georgo
  • Team Liquid
  • Pittsburgh Knights

MENA (Asia Tenggah dan Afrika Utara)

  • Oyun Hizmetleri

China

  • 4AM
  • OMG

CIS

  • Natus Vincere
  • Avangar Gaming

Jepun

  • Crest Gaming Xanadu
  • Crest Gaming Windfall

Amerika Selatan

  • Savage Esports

Oceanic

  • Chief Esports Club

Korea

  • Akan Datang
  • Akan Datang

Leave a Comment

%d bloggers like this: