Pengguna Windows Kini Boleh Mengaktifkan Antaramuka Panorama Untuk CSGO

Pada akhir bulan Jun lalu, CSGO telah memulakan ujian khas di pelayan ujian bagi perubahan antaramuka terbesar permainan itu semenjak ia dilancarakan.

Antaramuka yang digelar sebagai Panorama UI itu membawakan perubahan sepenuhnya daripada menu sehinggalah kepada papan skor, memberikan pengalaman interaksi baharu kepada pemain permainan popular itu.

Hari ini pada kemaskini terbaru permainan itu, para pemain di pelayan umum kini boleh memilih untuk mengaktifkan antaramuka baharu itu. Namun begitu, tetapan ini hanya boleh diaktifkan pada pemain yang menggunakan klien sistem operasi Windows sahaja pada ketika ini.

Baca Juga :   Steam Akan Membenarkan Pengguna Bermainan Permainan Terus Pada Telefon Pintar Menerusi Aplikasi Baharu Percuma

Bagi para pemain yang berminat untuk mengunakan antaramuka baharu ini, anda hanya perlu menambah perkataan “-panorama” pada tetapan pelancar permainan CSGO di klien Steam.

Sumber : CSGO Blog

Leave a Comment

%d bloggers like this: