Tencent Bekerjasama Dengan LiveMe Sempena Pelancaran Aplikasi Penstriman Permainan Mudah Alih Fluxr

Syarikat konglomerat China, Tencent diumumkan akan bekerjasama dengan laman penstriman LiveMe, bersempena dengan pelancaran aplikasi dan platform penstriman baharu Fluxr yang memfokuskan kepada permainan mudah alih.

Kedua dua syarikat itu akan mempromosikan permainan PUBG Mobile yang dibangunkan oleh Tencent Games di platform tersebut. Mereka juga akan mengadakan acara dalam talian dan juga diluar talian dengan mempertandingkan kejohanan PUBG Mobile. Acara ini akan diadakan di Amerika Syarikat dan juga di Asia Tenggara.

Baca Juga :   Tencent Dilaporkan Melabur Pada Bluehole, Syarikat Pembangun Permainan PUBG

Fluxr juga dilihat mahu melancarkan liga e-sukan tersendiri pada masa akan datang bagi permainan PUBG Mobile itu. Walaupun memfokuskan kepada penstriman permainan mudah alih, aplikasi Fluxr ini masih akan menyokong platform PC dan konsol.

Aplikasi ini boleh digunakan di kedua dua platform Android dan iOS.

Leave a Comment

%d bloggers like this: