Kejohanan Return of the Legends Akan Kembali Ogos Ini

Return of the Legends, sebuah kejohanan yang mempertandingkan pemain pemain yang telah bersara dari pelbagai rantau diumumkan akan kembali pada bulan Ogos ini.

Pertama kali diadakan pada tahun 2017, edisi kali ini akan berlangsung pada 24 sehingga 26 Ogos ini bertempat di Hong Kong Convention and Exhibition Centre. Tahun lalu memperlihatkan empat rantau terpilih untuk menyertainya iaitu Taiwan,  China, Amerika Utara dan Eropah.

Baca Juga :   Riot Perkenal Champion Terbaru League of Legends, Ornn - The Fire Below The Mountain

Pasukan China menjadi juara keseluruhan dan membawa pulang hadiah sebesar USD38,000. Bagi penganjuran tahun ini, tiada maklumat lengkap didedahkan pada ketika ini oleh pihak penganjur iaitu Hong Kong Tourism Board.

Sumber : Dot Esports

Leave a Comment

%d bloggers like this: