League of Legends Akan Menyertakan Fungsi Melihat Statistik Pemain Tidak Lama Lagi

Walaupun permainan League of Legends merupakan salah satu permainan kompetitif paling popular di dunia, ia masih lagi tidak menyediakan fungsi untuk melihat statistik pemain secara terbina.

Para pemain terutamanya pemain profesional masih lagi perlu bergantung kepada servis pihak ketiga bagi melihat statistik permainan masing masing. Namun perkara ini akan berubah tidak lama lagi apabila fungsi melihat statistik pemain telah diuji pada klien ujian PBE League of Legends.

Baca Juga :   Ninjas in Pyjamas Menamatkan Kontrak Pasukan League of Legends Mereka

Tab khas akan ditambah pada klien permainan dan pemain boleh melihat statistik masing masing mengikut beberapa ketegori yang disediakan seperti teamplay, income dan combat. Para pemain juga boleh memilih untuk membandingkan statistik masing masing dengan pemain lain ataupun dengan pemain profesional.

Fungsi ini dijangka akan ditambah pada kemaskini 8.14 kelak untuk klien rasmi League of Legends.

Sumber : Dot Esports

Leave a Comment