Mysterious Assassin Diumumkan Sebagai Pasukan Kedua Dari Malaysia Dijemput Menyertai Kejohanan Mobile Star League

Beberapa hari lalu, pasukan AirAsia Saiyan didedahkan telah dijemput untuk menyertai kejohanan Mobile Star League: Mobile Legends Invitational, sebuah kejohanan Mobile Legends tahunan baharu yang dianjurkan oleh Seth & Merv Productions.

Mengikut jejak langkah mereka adalah pasukan Mysterious Assassin yang diumumkan sebagai pasukan kedua dari Malaysia telah dijemput untuk menyertai kejohanan itu. Bagi penganjuran kali pertama ini, Mobile Star League akan mempertandingkan 8 buah pasukan yang dijemput khas untuk bertanding merebut hadiah sebesar USD10,000 (~RM40,310).

Baca Juga :   Pasukan Mobile Legends AirAsia Saiyan Terima Jemputan Bertanding Di Kejohanan Mobile Star League

6 lagi pasukan adalah dari beberapa negara Asia Tenggara lainnya iaitu dari Indonesia, Singapura, Filipina dan Thailand. Kejohanan ini akan bermula pada 10 Julai ini sehinggalah 25 Ogos kelak. Berikut merupakan senarai penuh 8 pasukan yang akan bertanding di Mobile Star League 2018.

  • AirAsia Saiyan (MY)
  • Mysterious Assassin (MY)
  • IDoNotSleep (TH)
  • EVOS Esports (ID)
  • Bigetron ID (ID)
  • Resurgence (SG)
  • Rex Regum Qeon (ID)
  • Solid Gaming (PH)

Leave a Comment

%d bloggers like this: