Penubuhan Kesatuan Pemain Profesional CSGO Diumumkan Secara Rasmi

Penubuhan Kesatuan Pemain Profesional CSGO Diumumkan Secara Rasmi

Pada pertengahan bulan Mac yang lalu, muncul  khabar angin menyatakan bahawa dua kesatuan pemain e-sukan akan ditubuhkan secara rasminya di rantau Amerika Utara bagi permainan CSGO dan Overwatch.

Seperti mana kesatuan pekerja, penubuhan kesatuan rasmi pemain ini diharap dapat membantu para pemain profesional mempertahankan hak mereka dan membekalkan panduan kepada pemain baharu. Kini, persatuan rasmi bagi permainan CSGO telah diumumkan.

Personaliti e-sukan veteran,  Scott “SirScoots” Smith, organisasi Danish Elite Athletes Association dan sekumpulan pemain profesional CSGO telah memulakan usaha menubuhkan persatuan ini bermula pada awal tahun 2018. Akan dikenali sebagai Counter-Strike Professional Players’ Association (Persatuan Pemain Profesional Counter Strike), persatuan ini telah dianggotai oleh lebih 90 orang pemain profesional CSGO.

Seramai 7 orang pemain iaitu Andreas “Xyp9x” Højsleth, Epitacio “TACO” de Melo, Tarik “tarik” Celik, Jonathan “EliGE” Jablonowski, Jordan “n0thing” Gilbert, Chris “chrisJ” de Jong dan Nathan “NBK-” Schmitt telah bersetuju untuk menjadi lembaga pengarah persatuan ini.

Urusan harian persatuan ini, termasuk hal berkaitan dengan nasihat undang undang akan dijalankan oleh penasihat undang undang, Michael Døi dan Mads Øland, CEO kepada Danish Elite Athletes Association, kesatuan bagi atlet di Denmark.

Baca Juga :   Kelab E-sukan ANSARA Umum Penganjuran ANSARA Esports Malaysia Championship (AEMC)

Menurut Michael Døi, CSPPA akan memilih semula barisan lembaga pengarah, atau mengesahkan lembaga pengarah sedia ada didalam jangka masa setahun. Beliau turut berkata bahawa fokus utama persatuan ini adalah bagi membantu para pemain berkitan dengan hal undang undang dan kontrak mereka.

Hal ini sudah pasti dapat membantu ramai pemain terutamanya dikalangan pemain muda yang sudah pasti tidak mempunyai pengalaman berurusan tentang perkara yang berkaitan dengan undang undang dan kontrak.

Kesemua pemain yang telah mempunyai kontrak atau aktif mencari kontrak bermain di peringkat profesional boleh menyertai persatuan ini. CSPPA juga masih aktif dalam mengura-urakan penubuhan mereka bagi mencari lebih ramai ahli dan memberitahu kewujudan mereka kepada semarai mungkin pemain.

Hari demi hari pembangunan industri e-sukan dilihat semakin mendekati industri tradisional lainnya. Dengan kewujudan persatuan seperti ini, masa depan dan hak pemain akan lebih terjamin sekaligus memberikan keyakinan kepada ramai pihak untuk terjun kedalam industri pasling pesat membangun ini.

Sumber : HLTV

Leave a Comment