Pendaftaran WESG 2018 Kini Dibuka – 6 Buah Permainan Dan Dua Kategori Khas Wanita

Bersama sama dengan pengumuman AirAsia Sebagai syarikat penerbangan rasmi WESG 2018 bagi rantau Asean sebentar tadi, pendaftaran bagi kejohanan WESG 2018 juga kini dibuka secara rasminya.

WESG Asean dilihat  akan dipertandingkan enam buah permianan iaitu CSGO, Dota 2, Hearthstone, Starcraf II, PES 2018 dan Vainglory 5v5. Walaubagaimanapun, bagi permainan CSGO dan Hearthstone, kategori khas untuk pemain wanita akan turut dipertandingkan.

Pendaftaran bagi kejohanan WESG peringkat Asean di 10 negara terlibat iaitu Kemboja, Malaysia, Myanmar, Filipina, Brunei, Singapura, Lao, Vietnam dan Indonesia akan mula dibuka dari 29 Jun hingga 31 Julai 2018.

Baca Juga :   Disney Jalin Kerjasama Dengan ESL - Akan Siar Permainan Vainglory, Street Fighter V Pada Saluran Disney XD

Pertandingan peringkat kebangsaan pula akan diadakan pada 1 Ogos hingga 30 September 2018. Pusingan Akhir Asean kemudiannya akan diadakan pada bulan November 2018 dan Pusingan Akhir Antarabangsa akan diadakan pada bulan Mac 2019.

*Pendaftaran bagi PES 2018 mash belum dibuka.

Daftar : WESG 2018 Asean

Leave a Comment