Silap Beri Data Peribadi Pengguna – Riot Games Tampil Beri Penjelasan

Riot Games selaku pembangun permainan League of Legends yang beroperasi meliputi hampir ke semua negara di dunia, baru baru ini telah mengemaskini khidmat mereka untuk mematuhi Undang Undang General Data Protection Regulation (GDPR) Kesatuan Eropah.

Dengan kemaskini ini, para pemain boleh meminta untuk memuat-turun data mereka dengan lebih mudah dan percuma. Namun begitu, proses  ini dilihat telah menimbulkan kontroversi apabila seorang pemain u/zaintheone memaklumkan bahawa beliau telah menerima data pemain yang lain semalam.

Hal ini menimbulkan kerisauan komuniti apabila data akaun tersebut mengandungi pelbagai maklumat peribadi seperti nombor telefon, alamat email, alamat ip dan sejarah lainnya termasuklah sesi perbualan chat pemain bagi tempoh 3 bulan terakhir.

Baca Juga :   Faker Dan Peanut Barisi Skuad League of Legends Korea Selatan Untuk Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang

Wakil dari Riot memaklumkan bahawa kes ini adalah terpencil dan adalah kesan daripada kesilapan manusia dan memberi jaminan tiada kes lain telah terjadi. Walaubagaimanapun, 3 lagi pengguna tampil memberitahu mereka juga mengalami perkara yang sama.

Riot kemudiannya memaklumkan mereka telah membekukan proses review manual proses ini bagi menyiasat situasi ini dengan lebih lanjut. Mereka sekali lagi menegaskan bahawa mereka mengambil berat akan data pengguna mereka.

Leave a Comment

%d bloggers like this: