Mobile Legends

AirAsia Saiyan Wakil Malaysia Di Kejohanan Mobile Legends Southeast Asia Cup (MSC) 2018

2 tahun lalu

AirAsia Saiyan Wakil Malaysia Di Kejohanan Mobile Legends Southeast Asia Cup (MSC) 2018

Baru semalam didedahkan dijemput untuk menyertai kejohanan Mobile Star League, pasukan AirAsia Saiyan kini memaklumkan bahawa mereka juga telah menerima jemputan untuk bertanding di kejohanan Mobile Legends Southeast Asia Cup (MSC) 2018.

Mobile Legends Southeast Asia Cup (MSC) 2018 merupakan kejohanan tahunan yang dianjurkan oleh pembangun permainan Mobile Legends iaitu Moonton. Ia mempertandingkan pasukan pasukan terbaik di serata Asia Tenggara. 

Mobile Legends Southeast Asia Cup (MSC) 2018 ini akan diadakan di acara Jakarta International Expo, Jakarta, Indonesia bermula pada 27 sehingga 29 Julai kelak. 7 buah negara akan menyertainya dengan Singapura dan Malaysia bertanding bersama sama sebagai satu rantau.

Pada edisi tahun lalu, pasukan IDoNotSleep dari Thailand telah menjadi juara keseluruhan kejohanan tersebut dan membawa pulang hadiah sebesar USD50,000. Wakil Malaysia, pasukan Saiyan menamatkan kejohanan it ditempat ke 5/6 manakala pasukan Mysterious Assassins Jr memperoleh kedudukan ke 7-8 kejohanan.

Sumber : AirAsia Saiyan

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments