Pasukan Mobile Legends AirAsia Saiyan Terima Jemputan Bertanding Di Kejohanan Mobile Star League

AirAsia Saiyan, sebuah pasukan tempatan yang terkenal di dalam arena kompetitif bagi permainan Mobile Legends Bang Bang didedahkan telah menjadi salah sebuah pasukan jemputan untuk kejohanan Mobile Star League.

Mobile Star League merupakan sebuah kejohanan tahunan yang baru sahaja diumumkan penganjurannya. Ia dianjurkan oleh  Seth & Merv Productions, sebuah syarikat startup e-sukan baharu berpengkalan di Malaysia. 

Dengan misi membangunkan arena komeptitif permainan mudah alih di Asia Tenggara,  Seth & Merv Productions mahu memberi peluang kepada pasukan pasukan tempatan di setiap negara untuk bertanding di peringkat antarabangsa. Mereka juga mahu memberi peluang kepada bakat akat tempatan lainnya didalam bidang ulasan, penghasil kandungan dan lain lainya.

Sebagai permulaan, MSL akan dilancarkan dengan permainan Mobile Legends yang sedia sudah popular di rantau Asia Tenggara ini. Penganjuran sulung ini akan melibatkan 8 pasukan yang dijemput dari 5 buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Filipina dan Thailand. Ia akan berlangsung pada 10 Julai sehingga 25 Ogos ini.

Baca Juga :   Lebih 190,000 Hadiri Pusingan Akhir Mobile Legends Profesional League MY/SG

Kesemua pasukan bertanding akan menerima hadiah di dalam kejohanan ini daripada jumlah hadiah sebesar USD10,000 (~RM40,310) yang disediakan dengan juara keseluruhan memperoleh USD4,000 (~RM16124) daripadanya.

Berikut merupakan senarai pasukan jemputan kejohanan Mobile Star League:

  • Malaysia – AirAsia Saiyan
  • Thailand – IDoNotSleep
  • Indonesia – EVOS Esports & Bigetron ID
  • Singapore – (Akan Datang)
  • Philippines – (Akan Datang)

Sumber : AirAsia Saiyan / Tilt Report

Leave a Comment