Pengodam Permainan Overwatch Terima Hukuman Tergantung Penjara 1 Tahun Di Korea Selatan

Isu pengodam permainan bukanlah suatu perkara yang asing lagi terutamanya di negara negara yang mempunyai jumlah pemain yang tinggi seperti Rusia, China dan Korea Selatan.

Di Korea Selatan pada awal tahun ini, dua orang penggodam telah dihukum dua tahun tempoh percubaan selepas ditangkap kerana menggodam permainan Overwatch. Kini, menurut laporan dari SBSNews, seorang penggodam baharu untuk permainan yang sama telah ditangkap dan berkemungkinan untuk dipenjara.

Seorang pemuda berumur 28 tahun telah diberikan hukuman tergantung penjara 1 tahun (suspended jail time) dan 2 tahun tempoh percubaan oleh Mahkamah Daerah Incheon memberikan hukuman yang lebih berat berbanding dengan kes sebelumnya kerana pengodam tersebut telah mendapat keuntungan yang besar kerana menjual godaman tersebut kepada orang ramai.

Baca Juga :   Selfless Gugur Pasukan Overwatch - Buka Tawaran Untuk Pengambilalihan Organisasi Itu

Penggodam tersebut dikatakan telah memperoleh wang sebesar USD180,000 (~RM724,050) dengan menjual godaman tersebut. Blizzard Entertainment selaku permbangun permainan tersebut telah bekerjasama dengan Jabatan Keselamatan Siber Agensi Polis Kebangsaan Seoul bagi mencari pengodam dan pembekal godaman di negara tersebut.

Undang Undang Promosi Industri Permainan dan Undang Undang Perlindungan Teknologi Komunikasi di Korea Selatan membolehkan hukuman maksimum dua tahun penjara dan USD18,000 (~RM72,405) denda kepada pesalah.

Sumber : Dot Esports

Leave a Comment

%d bloggers like this: