OpenAI Bakal Kembali Ke Kejohanan The International – Kali Ini 5 Lawan 5

Tahun lalu, syarikat penyelidikan kecerdasan buatan yang diasaskan oleh Elon Musk, OpenAI telah menghasilkan sebuah bot yang berjaya menewaskan pemain profesional Dota 2 di kejohanan The International 2017.

OpenAi kini mengumumkan bahawa mereka akan kembali Ogos ini di kejohanan The International 2018 bagi mempertunjukkan versi terbaru bot tersebut iaitu OpenAi Five. Berbeza dengan versi sebelum ini yang terhad dengan mod permainan Dota 2 satu lawan satu, OpenAI Five merupakan sebuah pasukan dengan 5 rangkaian neural membolehkan mereka bermain mod permainan biasa Dota 2.

OpenAi Five telah pun berjaya menewaskan pasukan amatur dan separh profesional pada ketika ini. Bagi melatih kecerdasan buatan ini, OpenAI Five telah berlawan sekitar 180 tahun nilai perlawanan setiap hari menetang dirinya sendiri.

Baca Juga :   Execration Tewaskan Ehome - Juarai The Major League Championed By Celcom 2017

Bagi menentukan tanda aras OpenAI Five ini, ia akan berlawan menentang pasukan dengan pemain veteran Dota 2 pada 27 Julai ini (waktu tempatan) dan ia akan disiarkan secara langsung di laman Twitch mereka.

Berikut merupakan sekatan yang ada pada versi terkini OpenAi Five:

  • Mod permainan Mirror(Cermin) Necrophos, Sniper, Viper, Crystal Maiden, dan Lich
  • Tiada ward
  • Tiada Roshan
  • Tiada elemen halimunan (invisibility)
  • Tiada hero ilusi atau watak pangilan (summons)
  • Tiada Divine Rapier, Bottle, Quelling Blade, Boots of Travel, Tome of Knowledge, Infused Raindrop
  • 5 kurier kebal, tiada eksploitasi dengan meninjaunya(scouting) atau tanking 
  • Tiada imbasan (Scan)

Baca lagi : OpenAi Five

Leave a Comment