Cooler Master Umum Circle of Champions – Kejohanan PUBG Melibatkan 5 Buah Negara Asia

Sebuah lagi kejohanan bagi permainan PlayerUnknown’s Battlegrounds diumumkan kali ini dianjurkan oleh Cooler Master dan rakan kerjasama Mineski Event Teams dan Battle Arena Malaysia. Cooler Master Circle of Champions 2018 akan dianjurkan dengan konsep perhimpunan gamer untuk berkongsikan keghairahan mereka terhadap permainan PUBG.

Kejohanan ini akan melibatkan 5 buah negara iaitu India, Indonesia, Thailand, Singapura dan Malaysia dimana setiap negara akan mempnyai sebuah pusingan kelayakan kebangsaan. Pusingan akhir kemudiannya akan diadakan bertempat di Battle Arena Malaysia di Petaling Jaya.

Baca Juga :   12 Pasukan Yang Telah Dijemput Menyertai Kejohanan IEM Oakland PUBG Invitational 2017

Pusingan kelayakan Malaysia akan diadakan pada 7 Julai ini dan terhad kepada 20 pasukan sahaja. Para pemain dan personaliti yang ditaja oleh Cooler Master juga telah dijemput terus untuk menyertai kejohanan ini iaitu:

  • Ashley ‘Summerash’ Khoo & Friends
  • Female Fighter (FFgaming)
  • Team nxl>
  • Malaysian Battlefield Team (MBT)
  • The Face Gaming
  • Team Diamond
  • Gank.Fty
  • Lapar Esports
  • Redsea MP Esports
  • MML Esports 

Layari : Cooler Master Circle of Champions 2018

Leave a Comment

%d bloggers like this: