18 Pasukan Bakal Bertanding Di Kejohanan The International 2018 Kini Lengkap

Pusingan kelayakan bagi kejohanan The International 2018 telah berakhir dan 18 pasukan yang bakal bertanding di Vancouver, Kanada pada bulan Ogos ini kini telah lengkap. 

Berakhirnya pusingan kelayakan ini juga memperlihatkan jumlah pemain Malaysia di The International 2018 kekal 4 orang apabila kesemua pasukan lain yang dibarisi pemain Malaysia gagal melepasi pusingan kelayakan ini. Empat pemain tersebut adalah Midone (Team Secret), Mushi (Mineski), Moon (Mineski) dan xNova (PSG.LGD).

Kejohanan yang bakal bermula pada 21 Ogos ini merupakan kejohanan terbesar Dota 2 dan merupakan penutup kepada musim kompetitif Dota 2. Jumlah hadiah terkumpul bagi edisi kali ini pada ketika ini telah melebihi nilai ~RM62 Juta.

Baca Juga :   Mineski, Liquid, Navi Antara Pasukan Yang Telah Dijemput Ke Kejohanan The Bucharest Major 2018

Berikut merupakan senarai pasukan pasukan yang akan bertanding di kejohanan Dota 2 paling berprestij ini:

Jemputan Dota 2 Pro Circuit-

  • Virtus.Pro
  • Team Liquid
  • PSG.LGD
  • Team Secret
  • Mineski
  • Vici Gaming
  • Newbee
  • VGJ.Thunder

Kelayakan-

  • Team Serenity
  • Invictus Gaming
  • Fnatic
  • TNC Pro Team
  • OG
  • Winstrike
  • VGJ.Storm
  • Evil Geniuses
  • Optic Gaming
  • Pain Gaming

Leave a Comment

%d bloggers like this: