Kelab E-sukan ANSARA Umum Penganjuran ANSARA Esports Malaysia Championship (AEMC)

Kelab E-sukan ANSARA (Anak Sains Mara) telah mengumumkan penganjuran kejohanan e-sukan ANSARA Esports Malaysia Championship (AEMC) sebuah kejohanan baharu yang bakal diadakan bagi mencari bakat e-sukan tempatan dan memperkembangkan arena e-sukan tempatan.

Kejohanan ini akan melibatkan empat buah permainan e-sukan popular masa kini iaitu Dota 2, Counter Strike : Global Offensive, FIFA Online 3 dan Arena of Valor. AEMC akan berlangsung di dalam tempoh masa selama 6 bulan bagi menganjurkan pusingan kelayakan di peringkat negeri sebelum berlangsungnya pusingan akhir di Kuala Lumpur.

Peringkat kelayakan negeri akan diadakan di 8 buah negeri di seluruh negara iaitu di Pulau Pinang, Selangor, Johor, Perak, Melaka, Kedah, Pahang dan Negeri Sembilan. Pihak penganjur menjangkakan penyertaan lebih 5000 pemain dan sebanyak 100,000 pelawat sepanjang kejohanan berlangsung.

Baca Juga :   MohSkor! Kejohanan FIFA Online 3 Dengan Hadiah Keseluruhan Sebesar RM30,000

Butiran lanjut mengenai kejohanan ini akan didedahkan tidak lama lagi dan pendaftaran akan dibuka bermula pada 1 Julai ini di laman web rasmi mereka. Kelab E-sukan ANSARA ditubuhkan bagi mengabungkan minat ahlinya didalam arena e-sukan.

Kelab ini dibarisi oleh bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara dimana kesemua mereka diiktraf sebagai ahli secara automatik. Kelab ini memfokuskan kepada empat komponen utama e-sukan iaitu PC, konsol, realiti maya (VR) dan mudah alih.

Layari : ANSARA Esports Malaysia Championship

Leave a Comment

%d bloggers like this: