Dota 2

MinD_ContRoL Keluar Permohonan Maaf Akibat Komen Perkauman Beliau Semalam

2 tahun lalu

MinD_ContRoL Keluar Permohonan Maaf Akibat Komen Perkauman Beliau Semalam

Pemain offlane bagi pasukan Dota 2 Team Liquid, Ivan Borislavov “MinD_ContRoL” Ivanov telah tampil mengeluarkan kenyataan permohonan maaf rasmi beliau akibat daripada kontroversi dimana beliau mengeluarkan komen perkauman semasa bermain semalam.

Akibat tertekan semasa bermain, MinD_ContRoL telah mengeluarkan komen mempersoalkan kenapa Hitler tidak membunuh warga Rusia bagi menambahbaik dunia ini. Hitler merupakan bekas pemimpin Jerman yang terkenal dengan jenayah perangnya terhadap warga Yahudi semasa Perang Dunia Kedua dahulu.

Komen perkauman ini menimbulkan reaksi ramai peminat yang kecewa degan tindakan beliau itu. Di dalam permohonan maaf beliau, MinD_ContRoL mengaki bahawa tindakan beliau adalah bodoh dna tidak wajar dilakukan. Beliau berjanji bahawa beliau tidak akan melakukannya lagi dan akan terus mencuba untuk menjadi contoh di dalam komuniti Dota 2 selaku pemain yang diminati ramai.

Organisasi Team liquid pula mengeluarkan kenyataan yang hampir sama dimana mereka menyatakan bahawa mereka tidak menyokong tindakan MinD_ContRoL ini dan sentiasa berusaha untuk mengajar para pemain mereka agar sentiasa mennjukkan contoh perlakuan yang baik. MinD_ContRoL akan didenda oleh Team Liquid dan wang tersebut akan disalurkan ke badan kebajikan yang dipilih oleh MinD_ContRoL.

MinD_ContRoL sebelum telah bersama dengan pasukan Liquid sejak dari tahn 2015 dan menjulang pialan Aegis of Champions di kejohanan The International 2017 lalu. Dengan prestasi pasukan ituu yang sentiasa berada di puncak, mereka mempunyai ramai peminat dan wajar menjadi contoh kepada komuniti yang memandang tinggi pada mereka.

Sumber: Twitlonger (MinD_ContRoL)

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments