Winstrike (FlyToMoon) Melayakkan Diri Ke Kejohanan The International 2018

Pelaburan syarikat Winstrike dengan menandatangani pasukan Dota 2 FlyToMoon nampaknya tidak merugikan apabila pasukan itu berjaya melayakkan diri ke kejohanan The International 2018.

Satu satunya slot yang diberikan kepada rantau CIS (Komanwel Negara-Negara Merdeka) menjadi milik pasukan itu selepas mereka menewaskan pasukan Espana di perlawanan akhir pusingan kelayakan CIS.

Perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan 3-1 memihak kepada Winstrike. Mereka akan terbang ke Vancouver bersama sama dengan pasukan Virtus.Pro untuk mewakili ranta CIS di kejohanan The International 2018.

Baca Juga :   GESC Umum Penangguhan Kejohanan Dota 2 Minor GESC: Singapore dan GESC:Kuala Lumpur

FTM.Winstrike

  • Airat “Silent” Gaziev
  • Bogdan “Iceberg” Vasilenko
  • Alexey “nongrata”‘ Vasilev
  • Alexander “Nofear” Churochkin
  • Andrey “ALWAYSWANNAFLY” Bondarenko

Leave a Comment

%d bloggers like this: