Malaysia – Hanya Pasukan PES 2018 Melayakkan Diri Ke Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang

Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang memperlihatkan 6 permainan e-sukan terpilih menjadi sukan demonstrasi bagi bersiap sedia menambahnya sebagai skan rasmi untuk acara Sukan Asia 2022 kelak. 6 Permainan tersebut adalah PES 2018, Clash Royale, Starcraft II, Arena of Valor, League of Legends dan Hearthstone.

Malaysia tidak ketinggalan dengan mengadakan pusingan kelayakan sendiri memperlihatkan setiap wakil bagi setiap permainan telah dipilih. Kesemua mereka kemudiannya mara ke pusingan kelayakan Asia Tenggara dan kini keptusan rasmi yang diumumkan oleh Aesf memperlihatkan hanya pemain bagi permainan PES 2018 melepasi pusingan tersebut dan mara ke Sukan Asia 2018.

Baca Juga :   Demam Piala Dunia Berterusan - Yasss Bola Tawar RM17,000 Untuk Kejohanan PES 2018 Dan FIFA 18

Pasukan PES 2018 Malaysia yang diwakili oleh Alpha Gaming (Mohamad NorHaikal bin Mohamad Noh & Muhamad Khairul Bin Abdul Aziz) berjaya mengumpul 6 mata untuk memperoleh empat kedua di dalam kumpulan mereka sekaligus melayakkan diri ke Sukan Asia 2018 yang bakal berlangsung pada bulan Ogos kelak.

Sumber : Aesf

Leave a Comment

%d bloggers like this: