Dota 2 Valve

Immortal Tressure II Kini Hadir – Item Baharu Untuk Dark Seer, Viper Dan Banyak Lagi

2 tahun lalu

Immortal Tressure II Kini Hadir – Item Baharu Untuk Dark Seer, Viper Dan Banyak Lagi

Para pemilik Battlepass The International 2018 sudah pasti tidak sabar menunggu kehadiran Immortal Tressure II dan kini ia telah tiba dengan pelbagai kosmetik dan item menarik untuk beberapa buah hero iaitu Dark Seer, Viper, Juggernaut, Jakiro, Omniknight, dan Doom.

Para pemilik boleh melihat armory mereka untuk segera menyahkunci item item ini dan jika perlu meningkatkan Battle Level sekiranya masih belum mencapai tahap yang dikehendaki. Bersama sama dengan item item tersebut juga, setiap hadiah yang dibuka memberikan peluang kepada pemilik untuk mendapatkan item khas keemasan yang terhad.

Battlepass bagi The Internatioanl 2018 ini boleh dimiliki pada harga asas RM39.00 atau RM145.00 bagi Battlepass dengan tahap aras 75. Aras tambahan turut boleh dimiliki dengan harga RM10.00 untuk 5 aras, RM19.50 untuk 11 aras dan RM39.00 untuk 24 aras. 25% dari jualan Battlepass akan disumbangkan kepada jumlah hadiah keseluruhan kejohanan The International 2018 yang bakal berlangsung pada bulan Ogos kelak.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments