Faker Dilihat Tidak Berlatih Bersama Pasukan SK Telecom T1 Kebelakangan Ini

2 tahun lalu

Faker Dilihat Tidak Berlatih Bersama Pasukan SK Telecom T1 Kebelakangan Ini

Selepas mengakhiri LCK musim bunga dengan keputusan yang mengecewakan, SK Telecom T1 kini dilaporkan menghadapi sebuah lagi isu apabila pemain terbaik mereka, Lee “Faker” Sang-hyeok tidak menyertai perlawanan perlawanan mereka.

Kang “ADD” Geon-mo, pemain bagi pasukan MVP berkata bahawa Faker dilihat tidak bermain bersama pasukan SKT didalam perlawanan scrim mereka kebelakangan ini. Pasukan itu turut mengunakan khidmat pemain baru mereka, Choi “Pirean” Jun-sik bagi mengantikan Faker pada perlawanan rasmi mereka bersama MVP.

Faker telah bermain bersama pasukan SK Telecom T1 semenjak dari tahun 2014 lagi. Dengan perkembangan baharu ini, tidak mustahil beliau akhirnya bakal meninggalkan pasukan itu untuk pertama kalinya.

Sumber: Dot Esports / Inven Global

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments