Aui_2000 Kekal Bersama Fnatic Sebagai Jurulatih Pasukan Itu

Selepas Adam Shah meninggalkan posisi jurulatih beliau di pasukan Fnatic tidak lama dahulu untuk menyertai pasukan Complexity, Kurtis ‘Aui_2000’ Ling diambil sebagai jurulatih sementara bagi membantu pasukan it di kejohanan ESL one Birmingham.

Menjelang bermulanya pusingan kelayakan tertutup Asia Tenggara untuk kejohanan The International, beliau kini diumumkan akan kekal bersama pasukan itu sebagai ketua jurulatih yang baharu. Aui bukanlah calang calang pemain kerana beliau sebelum ini pernah bermain bersama sama dengan seorang lagi pemain Fnatic iaitu Universe di pasukan Evil Geniuses.

Baca Juga :   Liquid, Fnatic dan KaBuM! e-Sports Adalah Pasukan Terbaru Sah Tempat Di MSI 2018

Bersama Evil Geniuses, mereka berdua pernah menjulang piala terulung, Aegis of Champions di kejohanan The International 2015 menewaskan pasukan CDEC di perlawanan akhir. Aui juga sering bermain bersama dengan kapten pasukan Fnatic, EternalEnvy sebelum ini di pasukan Cloud9 dan juga Team NP.

Sumber : Fnatic

Leave a Comment

%d bloggers like this: