Dota 2

Wings Gaming Kedua? Team Serenity Cipta Kejutan Jadi Pasukan Pertama Lepasi Pusingan Kelayakan The International 2018

3 tahun lalu

Wings Gaming Kedua? Team Serenity Cipta Kejutan Jadi Pasukan Pertama Lepasi Pusingan Kelayakan The International 2018

Sejarah Wings Gaming bakal berulang kembali? Entah dari mana dan tiba tiba sahaja Team Serenity hadir menguasai sepenuhnya pusingan kelayakan rantau China untuk kejohanan The International 2018.

Selepas menjadi pasukan pertama melepasi pusingan kelayakan terbuka rantau China, pasukan itu kini menjadi pasukan pertama melayakkan diri ke kejohanan The International selepas menjuarai pusingan kelayakan tertutup rantau China.

Team Serenity menewaskan pasukan LGD Forever Young dan pasukan Invictus Gaming untuk menjuarai pusingan playoff pusingan kelayakan tertutup rantau China. Ditubuhkan pada bulan September 2017, pasukan itu telah beberapa kali melayakann diri ke puusingan kelayakan China untuk beberapa kejohanan DPC namun gagal untuk melepasinya.

Seperti mana pasukan Wings Gaming pada tahun 2016 lalu, tiada nama besar membarisi pasukan itu namun perjalanan mereka di pusingan kelayakan The International ini amat memeranjatkan pelbagai pihak.Corak permainan mereka amat menarik menyebabkan ramai pihak membandingkan mereka dengan pasukan Wings Gaming.

Sementara itu, slot kedua dan terakhir untuk China kini menjadi rebutan tiga buah pasukan iaitu LGD Forever Young yang dibarisi oleh pemain Malaysia Ahfu, For The Dream yang dibarisi oleh Roddgeee dan IG Vitality.

Team Serenity

  • Jin “zhizhizhi”‘ Zhiyi
  • Zhang “Zyd”‘ Quanda
  • Zhao “XinQ” Zixing
  • Xiong “Pyw”‘ Jiahan
  • Xiao “XCJ”‘ Chaojian