Ujian Beta Antaramuka Panorama CSGO Telah Dimulakan

Setelah sekian lama, kemaskini antaramuka bagi permainan Counter Strike Gloal Offensive kini tiba. Antaramuka yang digelar sebagai Panorama itu kini boleh mulai diuji pada saluran beta permainan itu (CS:GO Beta Depot).

Namun begitu, bagi mereka yang mahu mencubanya, ketahuilah bahawa ia hanya menyokong mod permainan latihan bersama bot pada ketika ini. Antaramuka panorama ini merupakan perubahan terbesar pada visual permainan tersebut semenjak ia dilancarkan pada tahun 2012 lalu.

Baca Juga :   AdmiralBulldog Dilarang Memasuki Amerika, Tidak Akan Sertai The International 2017

Ia membawakan perubahan sepenuhnya daripada menu sehinggalah kepada papan skor, memberikan pengalaman interaksi baharu kepada pemain. Perubahan antaramuka ini juga dikhabarkan akan meningkatkan prestasi permainan tersebut.

Sumber : CSGO Blog

Leave a Comment

%d bloggers like this: