Dota 2

Battle Arena Umum Penubuhan Pasukan Dota 2 Tersendiri Mereka – Battle Arena Elites

2 tahun lalu

Battle Arena Umum Penubuhan Pasukan Dota 2 Tersendiri Mereka – Battle Arena Elites

Battle Arena, salah sebuah pusat e-sukan ternama di Malaysia telah mengumumkan penubuhan pasukan Dota 2 tersendiri mereka iaitu Battle Arena Elites.

Battle Arena merupakan sebuah pusat e-sukan yang ditubuhkan pada bulan Jullai 2017 yang lalu. Terletak di Jaya Shopping Centre di Petaling Jaya dengan keluasan 17,000 kaki persegi, ia mempunyai 100 buah komputer berprestasi tinggi, pod streamer dan juga arena khas untuk acara e-sukan.

Pasukan Dota 2 baharu itu dibarisi nama nama besar Dota 2 di Malaysia seperti Chan “WinteR” Litt Binn,  Ng “YamateH” Wei Poong dan Hiew “Alacrity” Teck Yoong. Mereka pada ketika ini sedang bermain bersama pada pusigan kelayakan terbuka kejohanan The International 2018.

Namun begitu, bagi pusingan kelayakan terbuka ini, Ohaiyo bermain untuk pasukan itu bagi sementara waktu dan Winter pula hanya menjadi jurulatih.

Battle Arena Elites

  • Ng “YamateH” Wei Poong
  • Wai Pern “Net” Lim
  • Vincent ‘AlaCrity’ Hiew
  • Chong “ciaoba”Wei Lun
  • Chan “WinteR” Litt Binn
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments