Zotac Push The Limit : Lan Party Disahkan Akan Kembali Penghujung Tahun Ini

Zotac Push The Limit | Lan Party diumumkan akan kembali penghujung tahun ini. Tahun lalu pada 1 sehingga 3 Disember bertempat di Gem-In Mall Putrayaja memperlihatkan acara Push The Limit Lan Party sulung telah diadakan dengan jayanya.

Zotac selaku syarikat perkakasan komputer telah bekerjasama dengan beberapa syarikat lainnya untuk mengadakan acara yang penh dengan pelbagai aktiviti berkaitan permainan. Para pengunjung juga diberi peluang untuk medapatkan pelbagai hadiah menarik seperti kad grafik keluaran Zotac.

Baca Juga :   Digital Chaos Dijenamakan Semula Kepada Chaos

Bagi acara tahun ini, mereka menjanjikan pelbagai aktiviti yang lebih besar serta menarik berbanding tahun sebelumnya. Sama sama kita nantikan perincian tentang acara ini dari pihak Zotac pada bulan bulan mendatang ini.

Sumber : Zotac

Leave a Comment

%d bloggers like this: