World Electronic Sports Games (WESG) 2018 Mulai Diperacahkan

World Electronic Sports Games (WESG) merupakan kejohanan e-sukan tahunan yang diadakan di Shanghai, China. Berbeza dengan kebanyakan kejohanan e-sukan lainnya, setiap pasukan bertanding dikehendaki memiliki pemain dengan kewarganegaraan yang sama.

Sebanyak empat permainan dipertandingkan pada edisi 2017 iaitu Counter Strike : Global Offensive, Dota 2, Hearthstone dan Starcraft II. Kini edisi seterusnya iaitu WESG 2018 telah mulai diperacahkan. Menerusi laman Facebook WESG Asia Tenggara, acara kali ini akan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah USD5,500,000 (~RM21,923,550).

Baca Juga :   WarriorGaming.Unity Bubar - Velo Sertai Clutch Gamers, Xnova Sebagai Pemain Gantian Sementara

Menerusi gambar yang dipertontonkan juga, sebuah permainan baru dilihat telah ditambah pada acara kali ini iaitu permainan mudah alih Vainglory. Pada acara tahun lalu, permainan Vainglory 5v5 telah diperlihatkan semasa berlangsungnya perlawanan akhir. Kini, permainan tersebut dilihat akan mulai dipertandingkan secara rasmi.

Tidak banyak maklumat didedahkan pada ketika ini namun info lanjut mengenai pusingan kelayakan dijangka akan mulai diumumkan tidak lama lagi.

Sumber : WESG SEA

Leave a Comment

%d bloggers like this: