SOUPerior Kembali Bermain Untuk Pasukan Kuala Lumpur Hunters

Pasukan Kuala Lumpur Hunters semalam telah mengumumkan bahawa bekas pemain mereka, Calvin “SOUPerior” Yang Quok Vern akan kembali menyertai pasukan itu.

SOUPerior sebelum ini pernah bermain untuk pasukan itu pada tahun 2016 yang lalu. Bersama sama dengan Kuala Lumpur Hunters, beliau berjaya memenangi TLC Masters Cup Musim Pertama dan juga TLC MY Summer Season 2016.

SOUPerior akan bermain di posisi support di bot lane bersama sama dengan pemain AD carry KL Hunters iaitu Poon “OzoraVeki” Kok Sing. Kuala Lumpur Hunters juga baru baru ini diumumkan bakal menjadi wakil Malaysia di kejohanan League of Legends Hyperplay Singapore 2018.

Baca Juga :   Samsung Galaxy Tewaskan SK Telecom T1 Untuk Juarai Kejohanan Worlds 2017

Kuala Lumpur Hunters:

  • Adrian “Shiro” Lee Meng Xuan
  • Eric “QaspieL” Sia Sze Pin
  • Chan “ArrHedge” Roong Han
  • Poon “OzoraVeki” Kok Sing
  • Calvin “SOUPerior” Yang Quok Vern

Leave a Comment

%d bloggers like this: