Epic Games Umum Kejohanan Pertama Musim Kompetitif 2018-2019 Fortnite – Fortnite World Cup 2019

Bulan lalu, Epic Games telah mengumumkan bahawa mereka telah menyediakan USD100,000,000 (~RM 398 Juta) untuk musim kompetitif Fortnite 2018-2019. Kini, kejohanan pertama di bawah musim kompetitif tersebut telah didedahkan iaitu Fortnite World Cup 2019.

Pusingan kelayakan bagi piala dunia ini akan bermula pada musim luruh 2018 dan kejohanan akan dilangsungkan pada lewat tahun 2019. Berbeza dengan Overwatch, Epic Games menegaskan bahawa mereka tidak akan menjual slot mahupun francais bagi membolehkan sesuatu pihak membeli slot mereka namun akan membenarkan semua orang untuk menyertainya secara sama rata.

Baca Juga :   Fnatic Umum Kejohanan Fortnite Tersendiri Mereka - Salty Summer

Piala Dunia Fortnite ini diumumkan akan memfokuskan kepada mod permainan solo dan duo namun mod permainan berpasukan juga akan diadakan di kejohanan lainnnya untuk musim kompetitif kali ini. Butiran lanjut mengenai peraturan, platform dan jadual akan diumumkan pada masa terdekat ini.

Leave a Comment

%d bloggers like this: