Valve Dan Perfect World Mengumumkan Steam China

Valve Dan Perfect World Mengumumkan Steam China

China sudah maklum mempunyai undang undang yang ketat termasuklah dari segi pemasaran permainan. Undang undang ini juga telah memaksa Valve melakukan kerjasama dengan syarikat Perfect World semenjak dari tahun 2012 bagi mengedarkan permainan keluaran Valve seperti Dota 2 di China.

Kini, kedua dua entiti tersebut telah mengumumkan bahawa kerja kerja bagi menghasilkan Steam China telah dimulakan bagi membuka jalan kepada usaha untuk memberikan rakyat China akses kepada katalog permainan di platform Steam.

Baca Juga :   PUBG Ubah Kekerapan Kemaskini - Mahu Pastikan Kualiti Kemaskini Terjamin

Robert H. Xiao, CEO kepada Perfect World berkata bahawa lebih banyak permainan akan diperkenalkan di China menerusi Steam China sekaligus memberikan kemudahan kepada pelanggan dan pembangun permainan.

Menerusi kenyataan media yang disiarkan, tiada tarikh pelancaran ditetapkan pada ketika ini. Valve dan Perfect World akan terus bekerjasama dengan rapat bagi melancarkan dan mempromosikan platform berkenaan pada masa akan datang.

Sumber : Valve Time

Leave a Comment